Saturday, February 21, 2009

Pening....pening...pening

Negara Malaysia kini agaknya menghadapi krisis politik yang tiada hujungnya..
Saban hari ada kes politik yang dipapar kan di dada akhbar,tidak kira akhbar arus perdana atau pembangkang.Semuanya banyak berkisar politik,bermula dengan berita penubuhan kerajaan pakatan rakyat pada 16 september sampai kes terbaru iaitu kes eli(Elizabeth Wong.).
Saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya sudah pening dengan semua  berita ni..Tak tau bila nak habisnya..
Lagi menarik kalau tengok filem,ada juga akhirnya..
Wahai pemimpin Malaysia tidak kira Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat,bangun lah dari tidur lena mu.
Sapu air liur basi mu,jangan lah biar rakyat terkena tempias air liur basi  mu yang busuk itu..
Rakyat mahukan kamu semua tunaikan janjikan kamu dulu,bukan nya nak tengok kalian berbalah.
Tolong lah kami, Bantulah kami yang inginkan keamanan, keadilan,kesejahteraan dan banyak lagi...
Dengarlah luahan kami ini.... 

Sunday, February 8, 2009

Jangan Mudah Marah

Zaman sekarang, manusia lebih mudah atau lebih cepat marah jika di bandingkan dengan zaman dahulu. Ini ada kaitannya dengan cara hidup masa kini yang sentiasa membuatkan kita tertekan tidak kira dari sudut kewangan, kekeluargaan, pekerjaan, alam sekitar dan pembanguna. Kesan dari semua ini, kita lebih cepat menjadi marah seterusnya memudaratkan kesihatan diri terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan jantung. Kajian Harvard Medical School membuktikan bahawa marah mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Kemarahan yang meledak-ledak akan melepaskan hormon-hormon dalam tubuh yang seterusnya mengakibatkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Ini turut mendorong kepada peningkatan kadar kolesterol dalam darah dan meningkatkan risiko berlakunya penyumbatan pembuluh darah arteri. Jadi, kawal lah perasaan marah tu.
Sumber: Majalah Rapi Bil.60
Jadi apa lagi, kawal perasaan marah anda dengan mengingati Allah.erm... mudah tak...mudah kan.
JOM KITA CARI DAN BUAT PAHALA!

Saturday, February 7, 2009

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk PDF Print E-mail

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

· Menjadi punca keenam kematian utama.

Sumber: Berita Harian Online, 26 Jan 2009, di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125083312/Article/

Ermm...tak sabar-sabar nak kahwin.Nak hidup bersama-sama dengan orang tersayang. Hehehehe.......