Saturday, January 24, 2009

cerita di Gaza

Adakah tindakan boikot mampu mematahkan serangan besar besaran yahudi zionist di Gaza?
Sebagaimana yang kita tahu,seluruh dunia melaungkan tentangan terhadap kekejaman yahudi zionist di Gaza.tentangan ini boleh kita lihat di mana sahaja...demonstrasi jalanan dengan sepanduk menentang kekejaman tentera israel berkumandang segenap pelusuk dunia.
Begitu juga perkembangannya di Malaysia,langkah langkah penentangan seperti demonstrasi,bantahan melalui parlimen,dan juga solat hajat bagi umat islam.Begitu lah kasihnya umat manusia terhadap penderitaan penduduk palestin.

Boikot bukan lah perkara baru dalam menghentikan kekejaman Israel terhadap penduduk.Penulis ingin membuka persoalan sejauh manakah tindakan boikot mampu menghentikan kekejaman Israel? Bekas perdana menteri Malaysia pun menyatakan persetujuan untuk memboikot produk yang menyokong penubuhan negara Israel.Penulis pada zahirnya menyokong tindakan boikot,tetapi perlu dilakukan tanpa menyusahkan umat islam itu sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu,produk jenama terkenal seperti nike,nestle,mcd, kfc dan lain lain mempunyai pasaran yang sangat luas di seluruh dunia.Produk ini dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel dan menyumbang dana tahunan terhadap Israel.Tindakan memboikot barangan produk tersebut mampu melumpuhkan pasaran produk tersebut seterusnya menyebabkan Israel kehilangan dana untuk pembangunan senjata bagi membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Tindakan boikot ini mampu memberi tekanan kepada Amerika Syarikat untuk menghalang kekejaman Israel.

Tetapi sebelum kita memboikot barangan tersebut,terdapat beberapa mekanisme yang perlu kita fikirkan. Antaranya ialah;
  1. perlunya ada alternatif bagi barangan yang perlu di boikot. Sepanjang seminggu kekejaman Israel di Gaza, penulis menerima pamplet tentang senarai produk yang perlu diboikot..pamplet itu turut menyebut alternatif barangan lain yang boleh digunakan oleh umat islam.Ternyata ia telah memperlihatkan kelemahan umat islam yang secara jelasnya tidak mempunyai banyak alternatif menggunakan barangan lain selain produk luar negara yang jelas menyokong Israel.penulis merasakan perlunya banyak alternatif barangan yang bermutu dan berkualiti tersebut di pasaran
  2. Pengurusan bagi pekerja islam yang mencari rezeki halal di syarikat yang akan di boikot.Pengurusan yang penulis maksudkan ialah pengurusan perkerjaan bagi perkerja tersebut selepas berhenti dari syarikat tersebut.Ini penting untuk memastikan kesinambungan kerjaya perkerja tersebut dan mengelakkan gejala sosial seperti pelacuran daripada bertambah parah dari sedia kala.

Jelas sekali,penulis merasakan umat islam menghadapi masalah untuk melaksanakan dua mekanisme ini.Ternyata musuh islam akan tersenyum puas bila mengetahui kelemahan dan masalah umat islam.Hasilnya, kita akan terus melihat kematian demi kematian penduduk palestin di depan mata kita. Penulis merasakan kurangnya ilmu dan amalan terhadap agama islam menjadi sebab umat islam menjadi mundur dan tidak bersatu dalam semua hal termasuk hal Palestin.Penulis mengakui ada usaha dari golongan yang cintakan islam untuk mengubah persekitaran tersebut,tetapi perjuangan masih jauh digapai kerana perpaduan rapuh antara umat islam am nya.Ternyata umat islam bukan lah umat yang dihormati dan digeruni bagi abad ini.Penulis merasa dengki dengan kehebatan umat islam terdahulu.Pengaruh iman dalam diri umat islam itu menjadi pemangkin kejayaan pada era itu.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang iialah memantapkan pengaruh iman dalam hati.Dengan adanya pengaruh iman,nescaya umat islam akan dapat disatukan hati nya untuk meneruskan perjuangan menentang kekejaman kaum yahudi zionist di palestin.

Akhir kata, TEPUK DADA TANYA IMAN.