Saturday, February 21, 2009
Pening....pening...pening
Sunday, February 8, 2009
Jangan Mudah Marah
Sumber: Majalah Rapi Bil.60
Jadi apa lagi, kawal perasaan marah anda dengan mengingati Allah.erm... mudah tak...mudah kan.
JOM KITA CARI DAN BUAT PAHALA!
Saturday, February 7, 2009
Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk
Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk | ![]() | ![]() | ![]() |
Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.
LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.
Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.
Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.
Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.
Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.
Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.
Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.
Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.
Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.
Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."
Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.
"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.
Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.
"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.
INFO: Alzheimer
· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.
· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat
· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun
· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.
· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan
· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat
· Menjadi punca keenam kematian utama.
Sumber: Berita Harian Online, 26 Jan 2009, di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125083312/Article/
Ermm...tak sabar-sabar nak kahwin.Nak hidup bersama-sama dengan orang tersayang. Hehehehe.......
Saturday, January 24, 2009
cerita di Gaza
Boikot bukan lah perkara baru dalam menghentikan kekejaman Israel terhadap penduduk.Penulis ingin membuka persoalan sejauh manakah tindakan boikot mampu menghentikan kekejaman Israel? Bekas perdana menteri Malaysia pun menyatakan persetujuan untuk memboikot produk yang menyokong penubuhan negara Israel.Penulis pada zahirnya menyokong tindakan boikot,tetapi perlu dilakukan tanpa menyusahkan umat islam itu sendiri.
Sebagaimana yang kita tahu,produk jenama terkenal seperti nike,nestle,mcd, kfc dan lain lain mempunyai pasaran yang sangat luas di seluruh dunia.Produk ini dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel dan menyumbang dana tahunan terhadap Israel.Tindakan memboikot barangan produk tersebut mampu melumpuhkan pasaran produk tersebut seterusnya menyebabkan Israel kehilangan dana untuk pembangunan senjata bagi membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Tindakan boikot ini mampu memberi tekanan kepada Amerika Syarikat untuk menghalang kekejaman Israel.
Tetapi sebelum kita memboikot barangan tersebut,terdapat beberapa mekanisme yang perlu kita fikirkan. Antaranya ialah;
- perlunya ada alternatif bagi barangan yang perlu di boikot. Sepanjang seminggu kekejaman Israel di Gaza, penulis menerima pamplet tentang senarai produk yang perlu diboikot..pamplet itu turut menyebut alternatif barangan lain yang boleh digunakan oleh umat islam.Ternyata ia telah memperlihatkan kelemahan umat islam yang secara jelasnya tidak mempunyai banyak alternatif menggunakan barangan lain selain produk luar negara yang jelas menyokong Israel.penulis merasakan perlunya banyak alternatif barangan yang bermutu dan berkualiti tersebut di pasaran
- Pengurusan bagi pekerja islam yang mencari rezeki halal di syarikat yang akan di boikot.Pengurusan yang penulis maksudkan ialah pengurusan perkerjaan bagi perkerja tersebut selepas berhenti dari syarikat tersebut.Ini penting untuk memastikan kesinambungan kerjaya perkerja tersebut dan mengelakkan gejala sosial seperti pelacuran daripada bertambah parah dari sedia kala.
Jelas sekali,penulis merasakan umat islam menghadapi masalah untuk melaksanakan dua mekanisme ini.Ternyata musuh islam akan tersenyum puas bila mengetahui kelemahan dan masalah umat islam.Hasilnya, kita akan terus melihat kematian demi kematian penduduk palestin di depan mata kita. Penulis merasakan kurangnya ilmu dan amalan terhadap agama islam menjadi sebab umat islam menjadi mundur dan tidak bersatu dalam semua hal termasuk hal Palestin.Penulis mengakui ada usaha dari golongan yang cintakan islam untuk mengubah persekitaran tersebut,tetapi perjuangan masih jauh digapai kerana perpaduan rapuh antara umat islam am nya.Ternyata umat islam bukan lah umat yang dihormati dan digeruni bagi abad ini.Penulis merasa dengki dengan kehebatan umat islam terdahulu.Pengaruh iman dalam diri umat islam itu menjadi pemangkin kejayaan pada era itu.
Apa yang perlu kita lakukan sekarang iialah memantapkan pengaruh iman dalam hati.Dengan adanya pengaruh iman,nescaya umat islam akan dapat disatukan hati nya untuk meneruskan perjuangan menentang kekejaman kaum yahudi zionist di palestin.
Akhir kata, TEPUK DADA TANYA IMAN.